Thursday 8 December 2011 1 comments

SAYA PREGNANT!

Semalam, saya buat pregnancy test.. Result dia, SAYA HAMIL!
Alhamdullillah, sekarang ni, hanya menunggu suami saya untuk bank-in duit saja..
Bukan pe, saya nak pergi klinik, nak sahkan kehamilan saya ni..
Aduyai,,, Seronok rasa nya..
Tak sangka, dapat rezki secepat ni!
Orang tua-tua kata, bunting pelamin.. hehehe..
Saya sempat datang bulan sekali..
Patut la saya 'terkena' penyakit kencing tak lawas (kencing kotor) selama seminggu pada minggu lepas!
Rupa-rupanya ini adalah tanda-tanda pregnant!
Tapi kenapa sakit pinggang (tulang belakang) saya masih belum sembuh sejak minggu lepas?
Adakah ini adalah salah satu dari 'simptom' ibu mengandung??
Saya jadi selalu penat, asyik nak tidur awal..
Selera makan pun meningkat naik! Sampai suami dan kawan-kawan ada komen pasal nih..

Ni saya nak tunjuk bukti saya hamil, hehehehe..

Thursday 27 October 2011 1 comments

TRIFFLE PUDDING

Assalamualaikum...

saje jer ambik gambar skali dengan anak ikan tu,
nak tunjuk ikan yang  baru beli semalam.. hahaha..
Aduhai... Hari ni baru sempat nak masukkan resepi padahal semalam yang buat... Jadi takder la fresh sangat idea nak menulis (tak seronok.. mood dah hilang la).. Bukan pe, malas nak berebut broadband dengan adik-adik saya..

Semalam, baru jer bukak blog. Tetiba suami saya da buat video call pakai fb, kena la layan dia.. "Husband first" bak kata pepatah, hehehe.. Laju tul la video call pakai fb.. Sebelum ni pakai YM, hampeh... Slow cam kura-kura... Dah la suara pecah, video pun tersekat-sekat.. Semalam cuba guna v/call pakai fb.. Mak oiiii, laju gilerrr.. Suara tak pecah, gambar lak smooth, sampai nampak jelas tahi lalat trademark suami saya yang dekat mata tu (psstt, dia ada tahi lalat besar yang jadi trademark dia kat muka tau).. hehehe..
Gambar majlis akad nikah kami boleh dilihat kat SINI.

Kemudian, adik saya, Izah nak guna pulak.. Terpaksa kasi la, sebab saya dah guna brapa jam dah tadi (hohoho)..

 So, sambung salin resepi hari ni jer la yea..

Hari ni, bangun pagi jer, terus on laptop.
Takut adik-adik guna dulu, malas la nak tunggu diorang. Lambat.. Sorang-sorang pakai fb berjam-jam! Sama la macam saya sebenarnya.. hehehe..

Sebenarnya, zaman 'segalanya di hujung jari anda' ni memang mudah kan??

Just type resepi yang anda nak, pakcik Google tolong cari.. Pahtu ambik copy paste (jangan lupa save link dari mana anda dapatkan resepi asal tu, sebagai tanda penghargaan anda kepada empunya blog/resepi tu tau)..

Kalau owner resepi tu tak bubuh dalam blog/fb diorang, tak merasa la korang nak makan/buat sebagaimana resepi kan?? So, bagi la kredit kat diorang dengan meletakkan link asal dari mana korang ambil resepi tu k?

Kelmarin, tengah search resepi simple dimple kat Google, terjumpa la resepi ni.. Rasanya saya terjumpa sebab saya search kat group tertutup dalam fb ni Group Tak Pandai Masak.. Tu pun kawan fb saya, Syifa Asyifa yang saya copy dia punya resepi Apam Berfilling yang suggest saya join.. Saya tak pandai masak.. hahaha.. Reti pinjam resepi orang jer... Janji sedappp~

Resepi kali ni, untuk kastard dia, saya buat separuh dari resepi tuh.. Tak nak buat banyak-banyak, first trial orang kata.. Dapat dalam lebih kurang 6 biji gelas comel tuh (paw yang mak punya, lepas ni konfem kena marah kalau lupa masukkan dalam kotak dia).. Tapi kalu yang jeli, saya memang buat ikut resepi, bukan separuh.. Tu pun dah cukup dan ada baki lebih kurang 1 cawan jer.. Ok la tu..

Meh saya share resepi dari hasil 'kerajinan' saya search dan copy paste blog orang..

RESEPI TRIFLE PUDDING
SUMBER RESEPI : recipesasha
(tak mintak izin owner lagi, tapi takper, nanti saya post link resepi ni kat blog dia)












BAHAN-BAHAN :
  • Twiggies secukupnya - saya beli Apollo Chocolate Layer Cake, pakai 3 bungkus jer, potong dadu kecik-kecik. Nak save bajet... Hahaha..
  • 1 tin coctails fruit / laici / longan - saya pakai tak sampai separuh pun tau sebab masukkan dalam gelas kecil, lebihan saya simpan dalam peti..
UNTUK KASTARD :
  • 1 cawan tepung kastard
  • ½ cawan air
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan susu cair / sejat
  • Sedikit esen vanilla - saya masukkan ½ tsp boleh tak?
UNTUK JELI / AGAR-AGAR :
  • 5 gram serbuk agar-agar
  • 400 ml air
  •  cawan gula pasir
  • Pewarna dan perasa yang disukai - saya guna 1 tsp strawberry emulco, tak guna pewarna dah..


LANGKAH-LANGKAH :

UNTUK LAPISAN BAWAH :
  1. Toskan buah koktail, asingkan sirap dengan buah..
  2. Belah dua Apollo dan susun dalam bekas.
  3. Ambil sedikit sirap buah tadi dan sudukan pada Apollo tersebut..
UNTUK LAPISAN TENGAH (KASTARD) :
  1. Masukkan kesemua bahan, kecuali esen vanilla ke dalam periuk.. Kacau hingga rata.
  2. Setelah semua bahan telah rata, letakkan di atas api sederhana.
  3. Kacau sehingga kastard menjadi pekat dan likat (masak) - mak saya kata saya punya kurang masak, tak berapa pandai r, takpe, keep it up!
  4. Masukkan esen vanilla, kacau rata dan tutup api.
  5. Sudukan di atas lapisan Apollo dan ratakan ke dalam bekas.
  6. Cakar sedikit menggunakan garpu (untuk menerima lapisan jeli)
UNTUK LAPISAN BUAH KOKTAIL :
  1. Letak sebanyak mana buah koktail di atas adunan kastard tadi, ratakan kemudian ketepikan.
UNTUK LAPISAN ATAS - JELI / AGAR-AGAR :
  1. Satukan semua bahan dan kacau di atas api sederhana hingga mendidih..
  2. Masukkan lapisan jeli di atas lapisan buah-buahan.
  3. Masukkan ke dalam peti sehingga mengeras - owner kata 2 jam.. Saya tak tunggu 2 jam pun.. Malas.. Hehehehe..
SEDIA UNTUK DIMAKAN!


saya punya gambar dan deco takder selawa yang akak empunya resepi tu... Yang dia punya lawa, tersusun jer lapisan dia buat.. Takper, kerja 'amatur' cam saya memang camnih la.. hehehe..
Sunday 9 October 2011 0 comments

SEKALI LAGI BUAT APAM BERFILLING

Hehehe, dek kerana asyik teringat-ingat jer rasa apam yang saya buat hari Jumaat lepas..
 Rasanya yang sedikit manis dicampur pulak dengan filling coklat dan jem strawberi.. Sedap nyer, ditambah pulak bila dimakan panas-panas dari kukusan... Huiii.. Best!
Saya pun buat keputusan untuk buat sekali lagi hari ni..
Balik jer dari Giatmara (saya pelatih kursus menjahit pakaian kat sana), terus pergi dapur, chek apa yang kurang..
Lepas makan dan solat Asar, terus mulakan projek untuk mengukus kuih nih.
Saya buat dalam 22 biji tau... Hehehe..

Friday 7 October 2011 0 comments

APAM BERFILLING

Assalamualaikum.....

Amboiiii, rasa bersemangat tul nak menaip post kali ni tau..
Hehehe, tak sabar menyabar tul nak bukak tenet, sambil dalam hati berdoa bia la broadband kali ni tak slowwwwww.... Dan alhamdulillah, speed dia boleh dikatakan tahap biasa-biasa kali ni, sebab biasanya slow bukan kemain lagi,, hehehe..

Kali ni, Ilah nak share dengan kawan-kawan, resepi 'apam polka dot dot' yang diambil dari seorang kawan  facebook.. hehehe..


Sebenarnya dah lama berkenan nak buat apam nih, tapi masa dan semangat takder.. Bukan pe, dah banyak kali buat kek dan kuih yang agak membazir kerana rasanya tak seperti yang diharapkan dan adik-adik pun taknak makan..

Sebelum ni tak pernah lak makan apam polka dot-dot ni, tapi oleh kerana tengok apam yang kawan saya buat punya la comelll (dia buat gambar angry bird la you!) lawa.... Comell sesangat.. Terus naik semangat nak mencuba tau.

Apa lagi, tengah hari tadi, sambil-sambil keluar pergi shopping kat Pasar Tani Besar Besut, Terengganu, saya singgah jap kat Pasaraya PKT Besut untuk beli tepung gandum, pewarna, susu Goodday, jem strawberi dan coklat masakan..

Oh ya, rumah saya berdekatan jer dengan sempadan Besut tau, dekat jer.. Tu yang selalu sangat ke sana..
Ok la, tentu dah bosan baca bebelan saya kan?? Tengok resepi kat bawah tau..

RESEPI APAM BERFILLING
(Nama resepi asal adalah Apam Polka Dot Dot)
SUMBER RESEPI :  شيفا اشيفا



BAHAN-BAHAN :
3 biji telur yang baru dikeluarkan dari peti sejuk
220 gram gula halus (saya pakai gula pasir yang dikisar jer)
1 tsp ovalette
275 gram tepung gandum - diayak
3 tsp baking powder - diayak
150 ml susu segar
Filling secukup nyer (saya pakai jem strawberi dan hirisan coklat masakan)
Pewarna makanan yang disukai
bekas cupcake/mufin - secukupnya

LANGKAH-LANGKAH :
1. Pukul telur, gula halus dan ovallette bersama sehingga kembang dan berwarna putih (sampai buih jadi tersangat halus tau).
2. Masukkan tepung gandum dan susu segar secara berselang-seli sehingga habis.
3. Bahagikan adunan kepada beberapa warna yang disukai. Masukkan pewarna ke dalam adunan yang telah dibahagikan tau..
4. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Ilah guna plastik yang ditebuk hujung nya jer tau.. Nak save bajet, lagipun tak cukup peralatan tau..
5. Susun mangkuk kertas ke dalam bekas kukusan yang lompang tu.
5. Picitkan adunan ke dalam 1/6 daripada mangkuk kertas. Letakkan filling. Ilah masukkan hirisan coklat dan jem sekaligus tau. Kemudian penuhkan 2/3 daripada mangkuk kertas tu. Hiaskan kalau mahu.
6. Tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 15 minit dengan api sederhana.

* Ketika sedang menyediakan adunan, panaskan kukusan tau..
* Yang paling leceh sekali dalam resepi ni adalah bab deco mendeco nih.. Alahai, susah tul.. Dahla pakai mangkuk kertas yang mufin tu, habis tumpah, kang dah terbazir tu... Akhir saya masukkan mangkuk kertas tu dalam gelas untuk dapatkan saiz yang sama dan untuk mengelakkan adunan tumpah.. Yang menjadi masalah adalah bila mendeco.. Frust tul, ada jer masalah yea.. Hehehe.. Tu yang hiasan hodoh tu.. Lantak la. Saya suggest guna mangkuk kertas cupcake tu, yang keras sikit tu, Kalau kat The Sweet Berry, depan Billion Kota Bharu, harga nya lebih kurang RM6.50 ±50 biji.. Baru senang tau.

Hehehe, ni tengah ngap apam sambil-sambil menulis tau.. Sedap tau makan panas-panas, tambah-tambah lagi filling dia yang saya sengaja masukkan dengan banyak..

 Lainkali boleh buat lagi ni.. Hehehehe.. Terima kasih kepada adik perempuan saya  yang tolong 'mendeco bia pun memang tak menjadik, tadi kami memang macam main masak-masak tau..
Saturday 1 October 2011 2 comments

PUDING JAGUNG DAN KUAH KOKTEL

Assalamualaikum semua...
Hari ni, saya nak share resepi Puding Jagung dan kuah nya sekali yang saya ambik resepi nyer dari tenet. Mintak halal yea kepada tuan punya resepi, hehehe..

Sebenarnya, dah lama saya berniat nak buat ni, tapi memandang 'si dia' berada jauh di KL, saya tangguhkan dulu niat ni sampai la dia balik kampung.. Al-maklumlah, jauh.. Dahla balik Kelantan pun sebulan sekali.. Tu yang kena tangguh tu.. Jagung dalam tin dan susu cair pun dah beberapa minggu dah beli, tapi terpaksa gak 'tunggu' dia balik dulu.. Korang mesti tertanya-tanya siapa 'si dia' tu.. Haa, tu la tunang saya..

Dia kata dia suka makan puding jagung, tu yang nak sangat try tu..
Akhirnya, kelmarin baru saya search dan jumpa resepi yang saya rasa ok dengan, bahan-bahan pun mudah dan sedia ada kat rumah. Cuma kena tambah setin lagi susu cair dan buah koktel dalam tin tu jer..

Kebetulan, kami merancang untuk tinjau dan tempah set pelamin untuk majlis perkahwinan kami hari ni (01/10/211) di Besut (dekat jer dengan rumah saya)..

So, saya pun mula la 'menggagahkan' semangat malas saya ni semata-mata nak buat puding. kelmarin..
Ni first time saya buat puding jagung tau, sebelum ni tak pernah masak pun.. Reti makan jer.. Hihihihi..

Okey, asyik membebel jer kan?

Ni haa resepi nyer.. Try la ek?


PUDING JAGUNG DAN KUAH KOKTEL
Resepi asal : 'blog apabila nasron menulis'
(saya copy paste jer, malas nak salin balik r, hahaha)

PUDING JAGUNG
Bahan-bahannya :
·         Tepung Kastard 1 cawan
·         Air Masak 5 cawan
·         Susu Cair (Optional) 1 tin
·         Jagung Dalam Tin (Jenis Krim) 1 cawan
·         Gula Pasir ½ cawan
·         Garam 1 sudu kecil
Cara Membuatnya :
1.    Masukkan semua bahan ke dalam periuk atau kuali.
2.    Kacau bahan sehingga rata dan tidak berketul-ketul.
3.    Siapkan dapur dan masak dengan api sederhana.
4.    Sentiasa kacau hingga adunan menjadi likat dan berkilat.
5.    Proses memasak memakan masa dari 30 hingga 60 minit bergantung kepada tahap kekuatan api. Saya sarankan gunakan api sederhana besar pada permulaan tetapi jika dah hampir likat, bolehlah kecilkan api.
6.    INGAT, anda harus sentiasa mengacau adunan untuk memastikan tidak berketul dan hangus!
7.    Setelah likat dan berkilat, tuangkan adunan ke dalam mangkuk atau bekas.
8.    Biar ia sejuk dalam suhu bilik atau kalau tak sabar sangat, sila rendam bekas kedalam air. Pastikan air tu tak masuk ke dalam puding ya!
9.    Setelah itu masukkan ke peti sejuk.



KUAH BUAH-BUAHAN (KOKTAIL)
Bahan-bahannya :
·         Buah-Buahan Dalam Tin / Cocktail Fruit 1 tin
·         Susu Cair 1 tin
·         Gula Pasir 4 sudu besar
·         Garam ½ sudu kecil
·         Tepung Jagung (Optional) 1 sudu besar
·         Air Masak ikut kesesuaian
Cara Membuatnya :
1.    Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
2.    Masak dengan api sederhana kecil.
3.    Bila dah mendidih, sila tutup api dan sejukkan.
4.    Jika anda dapati kuah terlalu pekat, sila tambahkan air masak mengikut kesesuaian yang anda perlukan.
5.    Jika anda merasakan kurang manis, sila tambah gula pasir atau gunakan SUSU/KRIMER PEKAT MANIS.
6.    Setelah selesai memasak, sila sejukkan kuah dengan suhu bilik.
7.    Apabila kuah telah bersuhu normal, masukkan ke dalam peti sejuk.

* Korang boleh dapatkan beberapa tips berkaitan puding ni kat link yang saya bagi tu tauu..
* Oh ya, ni tips saya nak bagi, untuk elakkan puding melekat pada bekas yang digunakan tu, basahkan bekas dengan air sedikit baru masukkan puding. InsyaAllah takkan melekat punya, hehehe.. Puding ni sedap dimakan sejuk dan dimasukkan ais dalam koktel. Yummy!
Sunday 7 August 2011 1 comments

BERMULANYA BLOG BARU!

Assalamualaikum semua!

Terima Kasih kerana sudi singgah di blog saya.
Sebenarnya ini bukanlah kali pertama saya memiliki blog, malah ini adalah blog ketiga saya.
Memandangkan blog terdahulu saya telah delete (kerana malas nak edit), jadi saya buka blog baru.

 
;