Friday 7 October 2011

APAM BERFILLING

Assalamualaikum.....

Amboiiii, rasa bersemangat tul nak menaip post kali ni tau..
Hehehe, tak sabar menyabar tul nak bukak tenet, sambil dalam hati berdoa bia la broadband kali ni tak slowwwwww.... Dan alhamdulillah, speed dia boleh dikatakan tahap biasa-biasa kali ni, sebab biasanya slow bukan kemain lagi,, hehehe..

Kali ni, Ilah nak share dengan kawan-kawan, resepi 'apam polka dot dot' yang diambil dari seorang kawan  facebook.. hehehe..


Sebenarnya dah lama berkenan nak buat apam nih, tapi masa dan semangat takder.. Bukan pe, dah banyak kali buat kek dan kuih yang agak membazir kerana rasanya tak seperti yang diharapkan dan adik-adik pun taknak makan..

Sebelum ni tak pernah lak makan apam polka dot-dot ni, tapi oleh kerana tengok apam yang kawan saya buat punya la comelll (dia buat gambar angry bird la you!) lawa.... Comell sesangat.. Terus naik semangat nak mencuba tau.

Apa lagi, tengah hari tadi, sambil-sambil keluar pergi shopping kat Pasar Tani Besar Besut, Terengganu, saya singgah jap kat Pasaraya PKT Besut untuk beli tepung gandum, pewarna, susu Goodday, jem strawberi dan coklat masakan..

Oh ya, rumah saya berdekatan jer dengan sempadan Besut tau, dekat jer.. Tu yang selalu sangat ke sana..
Ok la, tentu dah bosan baca bebelan saya kan?? Tengok resepi kat bawah tau..

RESEPI APAM BERFILLING
(Nama resepi asal adalah Apam Polka Dot Dot)
SUMBER RESEPI :  شيفا اشيفا



BAHAN-BAHAN :
3 biji telur yang baru dikeluarkan dari peti sejuk
220 gram gula halus (saya pakai gula pasir yang dikisar jer)
1 tsp ovalette
275 gram tepung gandum - diayak
3 tsp baking powder - diayak
150 ml susu segar
Filling secukup nyer (saya pakai jem strawberi dan hirisan coklat masakan)
Pewarna makanan yang disukai
bekas cupcake/mufin - secukupnya

LANGKAH-LANGKAH :
1. Pukul telur, gula halus dan ovallette bersama sehingga kembang dan berwarna putih (sampai buih jadi tersangat halus tau).
2. Masukkan tepung gandum dan susu segar secara berselang-seli sehingga habis.
3. Bahagikan adunan kepada beberapa warna yang disukai. Masukkan pewarna ke dalam adunan yang telah dibahagikan tau..
4. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Ilah guna plastik yang ditebuk hujung nya jer tau.. Nak save bajet, lagipun tak cukup peralatan tau..
5. Susun mangkuk kertas ke dalam bekas kukusan yang lompang tu.
5. Picitkan adunan ke dalam 1/6 daripada mangkuk kertas. Letakkan filling. Ilah masukkan hirisan coklat dan jem sekaligus tau. Kemudian penuhkan 2/3 daripada mangkuk kertas tu. Hiaskan kalau mahu.
6. Tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 15 minit dengan api sederhana.

* Ketika sedang menyediakan adunan, panaskan kukusan tau..
* Yang paling leceh sekali dalam resepi ni adalah bab deco mendeco nih.. Alahai, susah tul.. Dahla pakai mangkuk kertas yang mufin tu, habis tumpah, kang dah terbazir tu... Akhir saya masukkan mangkuk kertas tu dalam gelas untuk dapatkan saiz yang sama dan untuk mengelakkan adunan tumpah.. Yang menjadi masalah adalah bila mendeco.. Frust tul, ada jer masalah yea.. Hehehe.. Tu yang hiasan hodoh tu.. Lantak la. Saya suggest guna mangkuk kertas cupcake tu, yang keras sikit tu, Kalau kat The Sweet Berry, depan Billion Kota Bharu, harga nya lebih kurang RM6.50 ±50 biji.. Baru senang tau.

Hehehe, ni tengah ngap apam sambil-sambil menulis tau.. Sedap tau makan panas-panas, tambah-tambah lagi filling dia yang saya sengaja masukkan dengan banyak..

 Lainkali boleh buat lagi ni.. Hehehehe.. Terima kasih kepada adik perempuan saya  yang tolong 'mendeco bia pun memang tak menjadik, tadi kami memang macam main masak-masak tau..

0 comments:

Post a Comment

 
;