Friday, 6 January 2012

MUFFIN COKLAT MOCHA (KUKUS)

Dah lama saya berniat untuk mencuba resepi ini.. Akhirnya kesempatan itu ada... Bukan apa, dah beberapa hari tidak melakukan sebarang kerja (kecuali kerja rumah rutin dan memasak).. Sampai pening kepala dibuatnya..
Rupanya menjadi surirumah agak 'membosankan' yea? Seharian duduk tercongok tak tahu nak buat apa.. Kalau adik-adik ke sekolah, lagi membosankan.. Huhuhu... K la, nak ulas panjang-panjang pun, saya malas sikit... Letih, main guli dengan sepupu yang kecik-kecik kat rumah.. hahaha.. boring sesangat.. Jangan tiru saya yea..

Resepi yang mudah dan boleh dilakukan seorang diri..


MUFFIN COKLAT MOCHA (KUKUS)
SUMBER RESEPI : Kak Naz
(untuk resepi ni, saya dapat lebihkurang 40 biji mufin. Adakah ia boleh digelar muffin?)

BAHAN-BAHAN A :
  • 250 gram butter (seketul)
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan brown sugar
  • 1 tbsp / 4 gram serbuk nescafe
  • ½ cawan susu pekat manis
  • 1 cawan susu cair

BAHAN-BAHAN B :
  • 3 biji telur
  • 1 tsp esen vanila

BAHAN-BAHAN C (diayak) :
  • ¼ cawan tepung gandum
  • 1 tsp baking powder
  • ½ tsp soda bikarbonat


LANGKAH-LANGKAH :

  1. Bahan A dicampurkan ke dalam periuk dan dikacau rata sehingga sebati / tiada ketulan di atas api sederhana. Tutup api dan biarkan ia menjadi suam.
  2. Bahan B dipukul sehingga kembang (saya menggunakan hand whisk). Kemudian campur dengan Bahan A tadi. Kacau rata dengan menggunakan spatula atau ballon whisk (saya guna hand whisk juga).
  3. Bahan C yang telah diayak, dimasukkan sedikit demi sedikit sambil digaul sebati (saya guna hand whisk).
  4. Sambil kukusan dipanaskan, sediakan bekas mufin secukupnya.
  5. Sudukan ke dalam bekas muffin sehingga tinggal ¼ bekas mufin tadi.. (ni ikut cara saya la).
  6. Tutup (cover it) dengan aluminium foil/kain bersih bagi mengelakkan air wap menitis di atas muffin.
  7. Kukus selama 15 minit atau sehingga masak.

1 comments:

Naz / Nadz COSK said...

Assallamualaikum Ilah..
Mak oiii.. Molat2 naik kek aka muffin cekelat dia.. Tergoda hakak tau! Tak nak pandang lama2 sbb tgh cuba berdiet..hahaha.. Tapi mmg best resepi kak Hanieliza ni kan.. Akak suka kek coklat yg ada rasa mocca cam ni.. Tak lah plain dgn rasa coklat jer..

Aik, sampai boring duduk kat rumah ye? Meh sini tolong akak buat kerja rumah + asuh anak2 akak..hehehehe... Skrg Ilah menetap di Pasir putih ke?

Post a Comment

 
;